Perempuan?
Perempuan adelah insan yang telah diciptakan oleh ALLAH S.W.T. Seorg
insan yang sgt berharga, Perempuan adalah insan yang lemah, mudah
tersentuh dan seorang yang lembut. kerane itu diciptakan Lelaki untuk
mempertahankannya dan membawa ia ke Syurga.
Mungkin
perempuan itu lemah, tapi perempuan adalah seorang yang kuat dari segi
dalaman, seorg yang tabah mengharungi pelbagai cubaan. yang mampu
berfikir sebegitu panjang. dan kepintaran perempuan amat dikagumi,
adalah lelaki mampu membuat semua perkara yang dilakukan oleh
perempuan?
aku
juga seorang perempuan, aku juga seorang yang lemah. hati aku mudah
terguris. tapi itu tak bermakne aku tidak mampu untuk bangun semula,
mungkin terlalu banyak kesalahan yang dilakukan pada masa lampau, tapi
aku mampu berdiri dan cube memperbetulkan segala kesalahan aku.
banyak
dugaan yang aku alami, w'laupun aku hampir tersungkur jatuh, hampir
hilang segalanya tapi sekarang aku mampu bangun dengan kaki aku sendri,
w'laupun kehidupan aku tidak semewah mana, dan tidak sempurna. tapi aku
mampu bertahan sehingga sekarang. w'laupun aku masih menunggu untuk
menjadi yang terbaik untuk diri aku sendri.
aku
tidak perlukan lelaki untuk aku menjadi lebih kuat, aku tidak perlukan
lelaki untuk buat aku bahagia, aku juga tidak perlu lelaki yang selalu
buat aku derita, aku juga tak perlu lelaki untuk membantu aku terus
hidup semula, kerana aku tidak bergantung pada lelaki, aku hanya
bergantung pada diri sendri.
mungkin
aku keseorangan, mungkin aku tidak bahagia seperti org bercinta. tapi
aku dh cukup rasa sempurna dengan keadaan aku yang ada sekarang ini,
aku bersyukur kepadamu tuhan, kerana beri aku kehidupan, kerana memberi
aku keluarga yang sempurna dan memberi aku kawan yang sgt menyayangi
aku. aku sudah cukup hidup begini, dan aku tidak pernah meminta lebih
dari ini.
Terima Kasih atas segalanya ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan